Kerjaya Monty Tiwa

Monty telah bekerja sebagai penulis kreatif, ketua jabatan kreatif, dan pengarah kreatif.[2] Beliau membuat penampilan sulung dalam dunia perfileman Indonesia pada tahun 2002 sebagai penulis skrip dalam filem Andai Ia Tahu. Sejak itu, dia aktif menulis lakon layar sehingga dia membuat penampilan sulung sebagai pengarah pada tahun 2007 dengan filem Maaf, Saya Menghamili Istri Anda. Setahun sebelum membuat penampilan sulung sebagai pengarah, Monty pernah memenangi anugerah Festival Film Indonesia dalam kategori Lakon Layar Cerita Asal Terbaik untuk filem Denias, Senandung di Atas Awan.[3]

Monty juga merupakan ahli rumah terbitan Moviesta Pictures, yang sebelum ini merupakan komuniti filem. Selain daripada kerjayanya sebagai pengarah dan penulis skrip, beliau juga dikenali sebagai penulis lagu. Beberapa ciptaan muzikalnya yang cukup popular ialah album tema filem Mendadak Dangdut yang salah satu lagunya bertajuk "Jablay" dan lagu tema Indonesian Idol ciptaannya bersama Andi Rianto.

Rujukan

WikiPedia: Monty Tiwa https://web.archive.org/web/20130610185630/http://... https://web.archive.org/web/20210125132349/https:/... https://web.archive.org/web/20210602040824/https:/... https://www.kapanlagi.com/film/indonesia/monty-tiw... https://www.kompas.com/hype/read/2020/07/15/152018... https://www.fimela.com/news-entertainment/read/362... https://www.festivalfilmbandung.com/2016/09/daftar... https://www.festivalfilmbandung.com/2017/10/daftar... https://seleb.tempo.co/read/1026959/ini-pemenang-f... https://celebrity.okezone.com/read/2017/12/17/206/...